Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday 13 January 2014

Sejarah SK Batu Wong


        Sekolah Kebangsaan Batu Wong, Sibu, Sarawak terletak 80km dari bandar Sibu. Penduduk sekitarnya berbangsa Iban dan kegiatan ekonomi mereka adalah pertanian. Sekolah Kebangsaan Batu Wong telah dibuka pada tahun 1960. Tapak asal sekolah ini terletak berhampiran sungai. Menurut cerita lisan penduduk, sekolah ini mendapat nama daripada kedudukan sekolah yang berhampiran dengan kawasan jeram atau bahasa Ibannya dipanggil ‘Wong’. Guru Besar yang pertama ialah Encik Bunya Nanka yang berkhidmat pada tahun 1967. Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa ketika itu ialah Encik Lassa Sada.

            Disebabkan oleh faktor penambahan penduduk, tapak Sekolah Kebangsaan Batu Wong telah dipindahkan berhampiran jalan raya bagi memudahkan penduduk sekitar mendapat pendidikan formal. Tapak sekolah sekarang asalnya dibina atas tanah persendirian dan kini telah diambil alih oleh pihak kerajaan. Bangunan asal terdiri daripada satu blok yang mengandungi enam buah kelas.

            Pada tahun 1980, bangunan tambahan sekolah ini telah dibina bagi menampung pertambahan murid. Satu lagi blok bangunan telah dibina dan dirasmikan oleh Yang berhormat Menteri Muda Pertanian dan Pembangunan Masyarakat, Encik Ambrose Ak Jelian pada 14 Jun 1980.


            Kini, Sekolah Kebangsaan Batu Wong semakin tersergam indah. Dua lagi bangunan telah didirikan iaitu makmal komputer dan bangunan bilik darjah yang lebih selesa.


No comments:

Post a Comment

SKBW2013-HAK CIPTA TERPELIHARA