Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday 22 January 2013

Selamat datang blog SKBW

Salam sejahtera... 

Selamat datang ke blog Sekolah Kebangsaan Batu Wong, Sibu, Sarawak. Selaras dengan perkembangan teknologi & interaksi maya yang berkembang pantas, SK Batu Wong turut tidak ketinggalan.

Lahirnya blog ini adalah selaras dengan usaha mempermudahkan semua warga dan masyarakat mendapat maklumat terkini tentang perkembangan terkini dan perjalanan sekolah walau di mana sahaja berada. Teknologi yang berkembang pesat mempengaruhi tingkahlaku dan cara hidup. Maklumat tersebar dengan begitu pantas tanpa dibatasi ruang. Dunia berkembang pantas tanpa menghiraukan warganya. Walaupun terletak di luar bandar, SK Batu Wong tetap beriltizam untuk turut serta dalam perkembangan dan perkongsian maklumat yang pantas & berkesan. 


SK Batu Wong juga telah mewujudkan sebuah laman web sosial Facebook, www.facebook.com/skbw.sibu untuk memaparkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013. Hal ini memudahkan pihak-pihak seperti ibu bapa melihat aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka di sekolah. Semoga penghasilan blog ini dapat menyumbang sedikit sebanyak maklumat yang dapat dikongsi bersama. Pihak sekolah juga amat menggalakkan penulisan daripada semua warga sekolah untuk sama-sama berkongsi aktiviti-aktiviti dan perkembangan semasa perjalanan program sekolah. 

Semoga warga SK Batu Wong akan terus gigih dan bersama-sama dalam hasrat kita untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. 

 Selamat tahun baru 2013...
SKBW2013-HAK CIPTA TERPELIHARA